it's about anything. too many to mention...

Tuesday, December 27, 2011

yuni shara tabik langkah bugi dan andhika


Penyanyi Yuni Shara menyampaikan rasa tabiknya pada pemuda2 yang berani mengambil keputusan untuk menikah, meski dengan usianya yang lebih muda. Nama suami Andhara Early, Bugi Ramadhan dan calon suami Andhika Pratama disebut sebagai contoh lelaki pemberani tersebut.

Kakak kandung Krisdayanti ini pun menolak jika disebut membanding kekasihnya, Raffi Ahmad dengan mereka. Raffi sendiri, katanya juga memiliki kelebihan.

Sementara Raffi berpendapat bahawa dirinya tidak mahu mengambil keputusan menikah hanya kerana melihat temannya, dengan kes sedikit mirip, sedang menikah. Dirinya tidak mahu terburu-buru, bahkan gelabah untuk mengambil keputusan menikah.

Sementara itu, Raffi yang merancang menghabiskan malam tahun baru di Bali pun akhirnya dibatalkan. Namun hingga kini belum tahu akan menghabiskan tahun baru di mana, kerana saat bertanya ke Yuni, dirinya sempat kena marah.

0 comments: