Sempat diberitakan telah mengakhiri hubungan, pasangan Avril Lavigne dan Brody Jenner malah tenang-tenang saja. Kedua2nya membantah keras isu tersebut dengan memajang pesanan-pesanan mesra melalui akaun twitter masing-masing.
Seperti dipetik dari Contactmusic, pasangan ini pun akhirnya angkat bicara soal berita putus yang menyerang mereka beberapa waktu lalu. Kedua2nya sama-sama menegaskan bahawa hubungan mereka masih baik-baik saja dan kedua2nya akan terus berkomitmen dengan hubungan tersebut.
Sebelum ini, pasangan ini sempat dikhabarkan putus gara-gara kegiatan muzik Avril yang terlalu padat. Dengan padatnya aktiviti itu, mereka jadi jarang bertemu, sehingga menyebabkan kerenggangan dalam hubungan mereka. Selain itu ada pula berita bahawa mereka putus kerana Avril mengajak kekasihnya tersebut keliling dunia.
Terlepas dari gossip itu, selama ini pasangan Avril dan adik tiri Kim Kardashian tersebut telah saling menunjukkan dedikasi dalam hubungan mereka melalui tatu masing-masing. Avril membuat tatu bertuliskan nama Brody di sebelah payudara kanannya, sedangkan Brody membuat tatu bertuliskan nama Avril lengan dalamnya. Baru-baru ini, Avril yang pernah menikah dengan anggota Sum41, Deryck Whibley ini juga sempat mengutarakan keinginannya untuk menikah lagi.


0 comments:
Post a Comment