it's about anything. too many to mention...

Thursday, January 5, 2012

bekas kanye west : kim kardashian memang perosak


Setelah perpisahannya dengan Kris Humpries, reputasi Kim Kardashian tampaknya bakal semakin buruk di mata masyarakat. Ini kerana, model sekaligus penyanyi Amber Rose baru-baru ini telah mendedahkan fakta buruk tentang keperibadian Kim.

Seperti dipetik dari Contactmusic, Amber yang juga bekas kekasih Kanye West ini mengungkapkan bahawa Kim adalah penyebab utama keretakan hubungannya dengan Kanye. Ini kerana, Kanye telah terlibat affair dengan Kim semasa Amber dan Kanye masih menjalin hubungan.

Amber yang kini telah menjalin hubungan dengan Wiz Khalifa tersebut juga mengungkapkan bahawa saat kedua2nya terlibat skandal, Kim sendiri masih menjalin hubungan dengan Reggie Bush. Amber mengaku sempat memperingatkan Kim, namun wanita 31 tahun tersebut sama sekali tidak mengindahkan kata-katanya.

0 comments: