Sebagai atlet sekaligus ketua rumah tangga, David Beckham mengaku sangat bahagia dengan kehidupannya saat ini. Dia pun merasa bersyukur kerana dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan di saat yang tepat. Dia sendiri mengakui bahawa ada tiga anak lelaki jauh lebih baik daripada ada tiga anak perempuan.
Kata-kata David tersebut tentunya bukan bermaksud menyudutkan kaum perempuan, kerana dia ada alasan sendiri mengatakan itu. Dengan keberadaan ketiga2 anak lelakinya, pemain LA Galaxy tersebut berharap akan ada yang menjaga anak bongsunya, Harper Seven Beckham.
Berkaitan ketiga2 anak lelakinya, David mengaku bahawa mereka tumbuh dengan baik. Namun di sisi lain, dia juga mengaku khuatir dengan anak sulungnya, Brooklyn yang kini mulai tumbuh dewasa. Menurut pandangannya, Brooklyn memiliki minat yang sama sekali berbeza dengan adik2nya.


0 comments:
Post a Comment