Aktres yang baru saja mengumumkan perpisahannya dengan Ashton Kutcher ini sempat mengungkapkan bahawa dirinya takut tidak laku setelah ditinggal Ashton. Namun hal itu jelas salah, kerana Demi Moore dikhabarkan telah mendapat pengganti suaminya.
Contactmusic melaporkan bahawa ibu tiga anak ini telah menambatkan hatinya pada lelaki asal California bernama Blake Corl-Baietti. Pasangan ini dilihat jalan bersama saat sedang menikmati akhir minggu di Los Angeles 6 Januari lalu. Salah satu sumber juga sempat membenarkan Demi dengan model 26 tahun itu.
Nama Blake sendiri memang belum banyak dikenal, kecuali fakta bahawa dia adalah model. Namun seperti yang tercantum pada halaman profil iStudio.com miliknya, lelaki muda ini menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sangat optimis dan bersemangat melakukan apa pun.


0 comments:
Post a Comment