Walaupun hubungan antara Drew Barrymore dan usahawan Will Kopelman belum genap satu tahun, namun kedua2nya tampak sangat serius. Drew pun berkata iya ketika kekasihnya yang berusia 34 tahun tersebut melamarnya.
Menurut Us Weekly, salah satu sumber mengungkapkan bahawa Will telah melamar Drew saat kedua2nya tengah menjalani percutian di Sun Valley, Idaho, akhir tahun 2011 lalu. Melihat Will yang benar-benar jatuh cinta kepadanya, bintang CHARLIE'S ANGELS: FULL THROTTLE itu pun merasa yakin bahawa Will adalah lelaki yang tepat untuknya.


0 comments:
Post a Comment