Selepas merilis album kedua pada Julai 2008 dan kehilangan vokalisnya, Ayu Ratna pada awal tahun 2009, praktis band Garasi seperti menghilang dari dunia muzik Indonesia.
Namun rupanya saat ini Garasi sudah siap kembali ke muzik Indonesia dengan vokalis baru bernama Higin Ayuga. Bahkan gitarisnya, Fedi Nuril lebih optimis dengan perubahan baru Garasi yang saat ini beranggotakan lelaki semua.
Ditemui di Plasa Senayan, semalam, Fedi mengaku bahawa Garasi akan kembali dengan muzik yang jauh lebih optimis. Bahkan dirinya juga tidak perlu merisaukan pendapat orang mengenai dirinya yang kini dikenal sebagai aktor filem yang berband.


0 comments:
Post a Comment