Setelah Luna Maya, kini ganti Gading Marten yang berduet dengan band emo, Killing Me Inside. Gading diminta untuk menyanyikan single Killing Me Inside berjudul Biarlah.
Sebelum ini lagu ini sendiri telah dua kali dirilis dengan versi yang berbeza. Versi pertama rilis dalam bentuk original dan yang kedua dinyanyikan bersama Luna Maya. Sedangkan lagu yang versi Gading, dibuat berbeza dan lebih up beat untuk menyesuaikan dengan karakter anak kepada Roy Marten.
Awal mula kolaborasi ini tercetus saat Gading mengarahkan salah satu video klip milik Killing Me Inside. Mengetahui bahawa Gading yang kini juga terjun di dunia nyanyian dan pernah tampil di pentas besar membuat mereka bersamanya.
Vokalis Killing Me Inside, Onadio Leonardo mengungkapkan bahawa dia sangat puas dengan hasilnya.


0 comments:
Post a Comment