Sekian lama menjalin hubungan asmara, akhirnya hubungan Johnny Depp dan Vanessa Paradis harus menghadapi ujian berat. Seperti dipetik dari Aceshowbiz, pasangan ini sedang mempertimbangkan untuk mengakhiri hubungan mereka.
Salah satu sumber menuturkan pada Radar Online bahawa pasangan yang telah dikurniakan dua anak tersebut memang sedang menghadapi masalah. Walaupun berat bagi kedua2nya untuk berpisah, namun mereka mulai berfikir bahawa jalan tersebut adalah yang terbaik bagi mereka.
Johnny juga dilaporkan telah menemui peguam untuk berbincang berkaitan bagaimana mengakhiri hubungan tanpa ikatan pernikahan tersebut. Dia pun berusaha tampak tegar di depan anaknya, Lily-Rose dan Jack, namun jelas sekali bahawa dia tidak mampu menyembunyikannya.


0 comments:
Post a Comment