Berita bahagia datang dari pasangan selebriti Justin Timberlake dan Jessica Biel. Setelah sempat putus, kini kedua2nya dikhabarkan telah bertunang!
Pertunangan dua pesohor Hollywood ini terdengar santer kebelakangan, seperti yang dipetik beberapa media besar. Setelah menjalani kisah kasih selama kurang lebih empat setengah tahun dan sempat putus tiga bulan yang lalu, Justin dan Jessica akhirnya memutuskan untuk merasmikan hubungan mereka ke jinjang yang lebih lanjut.
Berita ini pertama kali disebarkan oleh Us Weekly, yang menyatakan bahawa Timberlake dan kekasihnya bertunang Disember lalu, ketika kedua2nya bercuti di Pegunungan Jackson, Wyoming.
Rancangan pernikahan ini disebut-sebut muncul justeru setelah kedua2nya berpisah. Justin sendiri sempat mengaku bahawa dirinya tak pernah merasa lebih bahagia bersama aktres ini dan merasa inilah waktu yang tepat untuk melamar.
Justin juga tak pernah malu-malu mengaku bahawa Jessica adalah cinta dalam hidupnya.


0 comments:
Post a Comment