it's about anything. too many to mention...

Monday, January 16, 2012

madonna ajar ricky gervais - elton john di golden globe


Ricky Gervais yang dikenali kerana kata-kata pedasnya pada selebriti2, seolah2 tak berkutik di depan popstar Madonna. Nampaknya, malam Golden Globe 2012 semalam tersebut memang malam besar Madonna.

Seperti dipetik dari Dailymail, Madonna telah melancarkan serangan balik atas kata-kata pedas Ricky. Presenter Golden Globe itu sebelum ini mengejek tingkah laku Madonna yang terlalu jaga sikap dan seolah dia masih gadis dara. Namun tawa Ricky tidak berlangsung lama, kerana Madonna berjaya membuktikan siapa bos yang sebenarnya.

Mendengar serangan balik tersebut, Ricky pun bersikap seolah2 dia ketakutan dan mulai berlarian di atas pentas. Penonton pun tertawa melihat kelakuan Ricky, sedangkan Madonna melanjutkan tugasnya untuk membacakan pemenang Golden Globe kategori Best Foreign Language Film.

Tak hanya sampai di situ. Malam itu Madonna juga memalukan Elton John yang sebelum ini mengatakan bahawa Madonna tidak akan memenangi apa-apa dalam acara itu. Dengan yakin, Elton mengatakan bahawa jangkaannya itu sangat akurat.

Namun jangkaan tersebut jelas salah kerana wanita 53 tahun tersebut ternyata berjaya menggondol penghargaan Best Original Song untuk filem W.E yang digarapnya.

0 comments: