it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 17, 2012

madonna diberi golden globe awards


Meski diberi tugas sebagai hos acara berprestij, Golden Globe Awards, namun Madonna masih tetap diberi satu penghargaan yang beliau raih melalui filem terbarunya yang berjudul W.E.. Massterpiece, lagu yang beliau tulis untuk filem ini mendapat anugerah Best Original Song.

Masterpiece sendiri adalah lagu yang ditulis Madonna bersama James Harry dan dibuat untuk mengisi soundtrack filem W.E. yang diarahkan Madonna sendiri. Track yang kental bernuansa tahun 1990-an ini memang sengaja dibuat sederhana sementara dari sisi lirik, Madonna memilih mengungkap sisi emosional dari filem yang berkisah tentang drama percintaan ini.

Penghargaan Golden Globe kali ini sebenarnya bukanlah yang pertama diterima Madonna. Sebelum ini beliau juga sempat menerima penghargaan Golden Globe untuk kategori aktres terbaik melalui filEm EVITA di tahun 1997 lalu. Sayangnya, kebahagiaan ini belum dilengkapi oleh nominasi Oscar kerana nampaknya Masterpiece belum masuk calon kuat penerima Oscar tahun ini.

Terlepas dari itu, Madonna sendiri nampaknya sangat bahagia dapat menerima penghargaan ini. Buktinya, menurut Billboard.com, Madonna masih sempat 'mengajar' Ricky Gervais yang malam itu sempat menyebut Madonna masih tetap 'just like a virgin'.

0 comments: