Diva senior, Madonna akhirnya memberi pengesahan tentang nama album ke 12nya, MDNA. Penyanyi kontroversi ini mengumumkan bahawa album tersebut akan dirilis pada bulan Mac akan datang.
Pada album MDNA kelak Madonna akan memasukkan single berjudul Gimme All Your Luvin. Menurut info yang didapat dari digitalspy single tersebut akan dirilis di radio-radio Amerika Syarikat pada 7 Februari akan datang.
Nicki Minaj dan MIA khabarnya juga akan mengambil bahagian di lagu tersebut. Ketiga2nya juga dirancang akan membuat videoclip Gimme All Your Luvin di New York bulan depan.
Menurut rancangan, album MDNA ini akan dirilis oleh penyanyi yang dijuluki The Material Girl ini pada bulan Mac nanti. Namun Madonna dengan setengah bergurau menyebutkan boleh saja album tersebut bocor lebih cepat dari jadual semula.


0 comments:
Post a Comment