Setelah memastikan Katy Perry akan tiba di Indonesia besok, promotor juga mengabarkan bahawa persiapan konsert Katy Perry sudah mencapai 80%. Puluhan crew pun sudah tiba di Jakarta demi melakukan persiapan konsert yang dijangka bakal berlangsung meriah tersebut.
Idola ini yang ditunggu-tunggu, Katy Perry, dikhabarkan akan terbang hari ini dari Los Angeles menuju Jakarta. Hal ini semakin mematahkan spekulasi tentang batalnya konsert Katy Perry di Indonesia akibat masalah hubungan rumah tangga Katy yang diancam karam.
Seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini, Katy Perry akan mengadakan konsertnya di Indonesia besok pada 19 Januari 2012 di SICC Sentul, Bogor. Konsert ini dijangkakan akan berlangsung meriah mengingat animo masyarakat yang luar biasa dalam menyambut konsert ini.


0 comments:
Post a Comment