Sukses Geisha meraih gelaran Band Terdahsyat benar-benar disyukuri oleh Momo. Kerana gembiranya, Momo sempat kebingungan ketika berada di atas pentas untuk memberikan ucapan terima kasihnya.
Ditanya tentang persaingan bandnya dengan boyband dan girlband yang banyak muncul akhir-akhir ini, Momo menegaskan bahawa beliau tidak mempermasalahkan hal itu. Bagi Momo, beliau dan bandnya lebih suka untuk terus memacu kreativitinya.
Masih menurut Momo, piala yang baru didapatkan bandnya tersebut akan dipersembahkan untuk keluarga mereka. Selain itu, Momo juga mengucapkan terima kasih untuk segala pihak yang telah menyokong Geisha.


0 comments:
Post a Comment