it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 31, 2012

rossa sambut kebebasan yoyo dari penjara


Walaupun pernah menyimpan masa lalu yang pahit atas kegagalan hubungan rumah tangganya, Rossa mengaku bersyukur bekas suaminya, Yoyo Padi akan segera dibebaskan. Drummer Padi yang ditangkap kerana kes dadah tersebut bakal dibebaskan pada 28 Februari akan datang.

Selanjutnya, penyanyi lagu Tegar ini juga mengatakan bahawa selama ini antara dirinya dan Yoyo masih terus menjalin hubungan. Kerananya hampir setiap berita tentang bekas suaminya itu selalu mampir ke telinganya. Dia pun berharap Yoyo bakal kembali wujud di dunia muzik.

Ketika ditanya soal anak, Rossa pun mengakui bahawa anaknya, Rizky Langit Ramadhan, tidak tahu menahu soal ayahnya yang kini masih ditahan. Namun setiap anaknya merindukan ayahnya, Rossa selalu memberi kesempatan anaknya untuk bicara melalui telefon.

0 comments: