Hanya berumur 14 bulan. Tragis memang tapi nampaknya itu sudah menjadi keputusan mereka berdua, setidaknya dilihat dari sisi Russell Brand. Pelawak England ini baru saja melepas kenyataan rasmi bahawa beliau dan Katy Perry bakal segera bercerai. Tak hanya itu, surat gugatan cerai yang diajukan Brand pun sudah beredar luas.
Berita ini sebenarnya tak terlalu mengejutkan mengingat beberapa hari sebelum ini sudah ada gejala kalau pernikahan mereka memang sedang dilanda prahara. Aktor yang bakal muncul melalui filem ROCK OF AGES ini dilihat tak lagi mengenakan cincin kahwinnya sementara Katy Perry yang sedang berada di Hawaii pun sudah melepas wedding ring yang biasanya selalu beliau kenakan.
Keputusan menghabiskan percutian Natal berasingan pun sudah membuat beberapa media berspekulasi bahawa kedua2nya memang sedang tak akur. Yang membuat kebanyakan orang tak mengira mungkin adalah kenyataan Brand empat minggu sebelum ini yang mengatakan kalau pernikahan mereka tak akan goyah kerana apa pun sementara satu bulan yang lalu Perry juga sempat menyebutkan kalau beliau ingin segera ada anak.
Sejauh ini Katy Perry belum berkomen apa pun namun dari surat gugatan cerai yang diajukan Russell Brand terlihat bahawa kedua2nya nampaknya tak pernah membuat perjanjian pranikah. Daily Mail pun berspekulasi bahawa bakal ada sedikit masalah dalam pembahagian harta mengingat selama menikah mereka sempat memiliki beberapa hartanah termasuk rumah mewah bernilai US$6.5 juta di Hollywood, apartment bernilai .US$2,7 juta di Manhattan, dan sebuah rumah di London.
Informasi yang beredar menyebutkan kalau Katy Perry dan Russell Brand sempat bertengkar hebat sebelum Natal kelmarin.


0 comments:
Post a Comment