it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 11, 2012

sanggupkah justin timberlake bangkitkan myspace?


Keputusan Justin Timberlake untuk bergabung dengan MySpace.com nampaknya bukan main-main. Setelah rasmi menjadi pemilik saham, kini Justin mengumumkan bahawa pihaknya akan segera meluncurkan feature baru yang diberi nama MySpace TV.

Mashable melaporkan bahawa dalam perkembangan kemudahan MySpace ini, Justin dan pemilik MySpace bakal bekerja sama dengan Panasonic. Kemudahan yang rancangannya bakal tersedia di produk generasi baru TV Panasonic tipe VIERA ConnectT-enabled HDTV ini memungkinkan pengguna untuk saling berinteraksi langsung dengan anggota MySpace lain yang menonton acara TV yang sama.

Saat tampil di pentas 2012 Consumer Electronics Show lalu, Justin juga menjelaskan bahawa komunikasi yang terjalin antara sesama anggota MySpace tersebut boleh dilakukan melalui TV, smartphone atau tablet. Kerananya, TV Panasonic generasi baru tersebut bakal dilengkapi perangkat khusus untuk menyokong feature ini.

0 comments: