Rancangan Kate Moss untuk pindah ke rumah baru terpaksa harus terganggu. Ini kerana, lengan kanan supermodel ini mendadak lumpuh ketika dia terbangun di suatu pagi. Hasilnya, segala aktiviti Kate pun tidak dapat dilakukan secara optimal.
Untungnya, lumpuh yang dialami oleh Kate tersebut hanya sementara. Salah satu sumber mengungkapkan bahawa Kate mengalami kelainan saraf yang menyebabkan timbulnya kelumpuhan sementara. Walaupun boleh disembuhkan, namun kelumpuhan itu dijangkakan akan berlangsung selama beberapa bulan.
Dipetik dari Dailymail, kejadian itu bermula ketika Kate bangun di suatu hari. Kate yang saat itu menginap di hotel Ritz, Paris tidak mampu merasakan mahupun lengan kanannya. Takut terjadi sesuatu, dia pun segera menghubungi doktor untuk melakukan pemeriksaan.


0 comments:
Post a Comment