it's about anything. too many to mention...

Monday, February 13, 2012

gorillaz lancarkan single dan karakter baru


Band kartun, Gorillaz, mengumumkan bahawa mereka akan segera merilis single baru berjudul DoYaThing pada 23 Februari ini. Dalam single tersebut, Gorillaz akan berkolaborasi dengan anggota Outkast, James Murphy dan Andre 3000. Uniknya, album ini akan dirilis secara percuma.

Single ini sebenarnya merupakan bentuk kerja sama Gorillaz dengan produk kasut, Converse. Menurut Musicrooms, pada Video klip DoYaThing nanti akan ada dua karakter baru Gorillaz iaitu Baboon yang menggunakan pakaian karate dan seorang lelaki dengan topi Panama.

Gorillaz yang diperkuat masih Damon Albarn dan Jamie Hewlett ini optimis single ini akan mampu mengubati rindu peminatnya. Sebelum ini memang pernah tersiar berita bahawa Gorillaz akan sepi setelah menyelesaikan tour tahun 2010.

Kala itu Jamie seolah mengucapkan salam perpisahan pada peminatnya dengan mengucapkan kemungkinan dia akan meninggalkan Gorillaz.

Senada dengan James, Damon juga menunjukkan isyarat yang serupa.

0 comments: