Lima kisah dan banyak karakter menjadi salah satu kelebihan filem DILEMA yang tayang pada 23 Februari nanti di pawagam. Dengan wataknya yang berbeza-beza ketiga2 pelakon ini berkongsi cerita mengenai penglibatan mereka dalam filem ini. Ada Baim Wong, Ario Bayu, dan Lukman Sardi yang berkongsi pengalaman mereka saat ditemui di screening DILEMA di Citos Square, Cilandak, Khamis.
Bagi Baim Wong, tak ada yang tak mencabar dalam melakoni sebuah watak khususnya dalam filem DILEMA ini. Lebih2 lagi, wataknya ini adalah watak pertamanya dalam sebuah filem layar lebar.
Pelakon drama yang satu ini langsung menerima tawaran Wulan untuk bergabung dalam filem setelah tertarik dengan skripnya. Keputusan yang diambil Baim pun nampaknya tak salah sebab setelah filem rampung digarap, beliau mengaku puas.
Tak hanya diramaikan senarai pelakon pendatang baru, DILEMA juga dibintangi oleh pelakon sekelas Lukman Sardi. Telah banyak membintangi filem Indonesia, namun ini adalah filem pertama Lukman Sardi bersama Wulan Guritno Entertainment. Beliau sendiri suka dengan konsep penggarapan filem ini.


0 comments:
Post a Comment