Dua aktres peraih Oscar, Meryl Streep dan Julia Roberts akan berduet dalam filem drama kelas atas, AUGUST: OSAGE COUNTY. Rabu lalu, The Weinstein Co. memastikan bahawa kedua2nya telah menandatangani kontrak.
Dalam filem garapan pengarah THE COMPANY MEN, John Wells ini Streep bakal berlakon sebagai ibu tak berfungsi kepada Roberts. Dengan dua amunisi sempurna ini, nescaya filem yang diangkat dari novel pemenang Pulizer karya Tracy Letts dengan judul yang sama.
Kisahnya bercerita tentang penderitaan yang terpendam dalam sebuah keluarga dan akhirnya meletus ke permukaan setelah pemimpin keluarga ini meninggal. Streep bakal melakonkan ibu penagih ubat-ubatan, Violet Weston, sedang Roberts berlakon sebagai anak sulungnya Barbara. Konflik dalam keluarga makin kompleks kerana suami Barbara curang dengan salah satu muridnya.
Skrip yang berkualiti serta partner lakonan kelas A membuat Julia Roberts, yang kita tahu juga merupakan aktres kelas A, bersemangat ikut dalam projek ini.
Sementara Wells sendiri merasa tersanjung mendapat kehormatan mengarahkan kedua2 aktres besar tersebut dalam kisah epik buah tulisan Tracy Letts ini.


0 comments:
Post a Comment