Kematian memang tidak dapat disangka bila datang waktunya, begitu pun Ahmad Dhani yang tidak menyangka kalau ayahnya akan pergi untuk selama-lamanya. Kerana saat ayahnya berpulang, dia masih berada di Malaysia untuk sebuah pekerjaan.
Dian, adik Ahmad Dhani yang ditemui di rumah duka, di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan, hari ini, mengungkapkan bahawa abangnya masih dalam perjalanan dari Malaysia.
Ayah pemuzik Ahmad Dhani, Drs. H. Eddy Abdul Manaf bin Rustra Satra Admadja meninggal, Rabu pukul 12.50 pagi kerana faktor usia.
Almarhum menghembuskan nafas terakhir di rumah, kerana memang selama ini mendapat pengawasan dari doktor di rumah. Semua keluarga tidak menyangka kalau akan pergi secepat ini, kerana sebelumnya masih menampakkan tanda-tanda masih sihat.


0 comments:
Post a Comment