Penampilan Madonna di pentas Super Bowl XLVI ternyata tidak hanya dinanti peminatnya. Rakan sesama pemuzik Madonna, Steven Tyler, mengungkapkan bahawa beliau sangat berharap Madonna akan memberikan penampilan fantastik pada acara tersebut.
Madonna memang dirancang akan tampil untuk memperkenalkan singlenya, Give Me Your Luvin, pada 5 Februari akan datang di Super Bowl XLVI. Meski sudah sangat berpengalaman, superstar ini mengaku gementar menghadapi konsert tersebut, namun Steven percaya bahawa Madonna akan boleh mengatasi keadaan di pentas.
Steven tidak sembarangan mengeluarkan pendapat tersebut sebab beliau pernah menghadapi konsert yang sama pada 2001 lalu. Ketika itu Aerosmith tetap mampu tampil maksimal seperti yang beliau harapkan.
0 comments:
Post a Comment