Selepas menjalani rawatan selepas pembedahan tekak, suara merdu Adele kembali lagi. Beliau pun memamerkan bakat nyanyiannya yang luar biasa saat wawancara bersama Anderson Cooper di 60 MINUTES yang tayang di CNN. Bintang pop British itu membawakan Rolling In The Deep dengan suara cantiknya yang istimewa.
Dalam acara tersebut, sebenarnya terdapat piano. Namun Adele memilih untuk bernyanyi tanpa diiringi muzik.
Sebelum ini, Adele telah mengistirehatkan suaranya selama dua bulan setelah menjalani pembedahan tekak. Selama itu juga, beliau tidak melakukan komunikasi secara verbal, hanya melalui handphone-nya.
0 comments:
Post a Comment