Beberapa minggu kebelakangan nama Zumi Zola menjadi buah mulut di berbagai media massa. Ini kerana Bupati Tanjung Jabung Timur, Provinsi Jambi itu dituduh melakukan skandal dan perzinaan dengan ibu beranak satu, Penny Farnita.
Kesnya pun telah dilaporkan ke Polda Metro Jaya oleh suami wanita tersebut, Bernaldi Kadir Djemat. Dan, baru kali ini bekas tunang presenter Ayu Dewi ini muncul memberikan keterangan kepada wartawan.
Didampingi peguam kenamaan Hotma Sitompul, Zumi Zola memberi kenyataan.
Melalui peguamnya, Zumi meminta agar pihak yang melaporkan dirinya ke polis membuktikan semua tuduhannya di mahkamah nanti.
Tidak banyak kata yang keluar dari mulut Zumi Zola dalam sidang media tersebut. Dia lebih banyak menyerahkan pertanyaan yang diarahkan wartawan2 kepada peguamnya.


0 comments:
Post a Comment