Masa percubaan formalnya baru saja berakhir akhir Mac lalu. Tapi kini, Lindsay Lohan sudah harus berurusan lagi dengan pihak polis kerana diduga terlibat pertengkaran dengan seorang wanita.
Dipetik dari Dailymail, insiden tersebut dijangka terjadi pada Khamis lalu di sebuah kelab malam. Rupanya, lawan bertengkar Lindsay kemudian merasa tidak terima dan melaporkannya ke pejabat polis West Hollywood pada Sabtu malam.
Menurut pelapor, artis 25 tahun tersebut merasa keberatan kerana pelapor berbicara dengan salah satu teman lelakinya. Hasilnya, Lindsay pun menyerang pelapor dan akhirnya berhujung pada pertengkaran.
Hingga kini, polis masih melakukan penyelidikan apakah cerita yang dipaparkan pelapor itu benar atau cuma karangan belaka. Namun jurucakap Lindsay sudah langsung membantah dan menyatakan bahawa keterangan itu palsu.


0 comments:
Post a Comment