it's about anything. too many to mention...

Wednesday, April 18, 2012

demi moore masih pakai nama ashton kutcher di twitter


Demi Moore akhirnya kembali lagi menggunakan twitter. Setelah tiga bulan sepi, aktres MARGIN CALL ini menyapa 4.9 juta follower melalui akaun rasmi miliknya @MrsKutcher.

Dalam tweet yang di posting pada Ahad, aktres berusia 49 tahun ini berkongsi sebuah foto menarik. Foto dengan caption "Testing.." tersebut menunjukkan dirinya sedang berbaring sambil memakai kasut dan kacamata.

Moore masih aktif bertweet sebelum sepi bertarikh 7 Januari 2011. Tarikh tersebut menandakan beberapa minggu sebelum bekas isteri Bruce Willis ini dilarikan ke hospital setelah menghirup nitrous oxide.

Setelah dibebaskan dari hospital, ibu Rumer Willis ini masuk ke pusat pemulihan Cirque Lodge, Utah. Moore dirawat kerana gangguan makan dan masalah ketagihan.

0 comments: