Seperti diberitakan sebelum ini, pesta yang diadakan oleh syarikat BlackBerry pada Selasa lalu berakhir kecoh ketika seorang lelaki menjadi mangsa penusukan. Kini, mangsa yang diketahui bernama Phillip Sherriff tersebut akhirnya meninggal dunia.
Dipetik dari Contactmusic, ayah dua anak tersebut mengalami luka parah hingga ke bahagian otak. Setelah menjalani sejumlah pembedahan dan tindakan medik, akhirnya Phillip meninggal dunia pada Ahad pagi.
Selama masa kritikal tersebut, isterinya yang bernama Jane terus menemani di sampingnya. Kini Jane dikhabarkan telah pulang ke Preston, Lancashire untuk mengabarkan duka tersebut pada anak-anaknya.
Mendengar berita itu, Jessie J sendiri juga turut mengungkapkan bela sungkawa. Melalui twitter, dia mengungkapkan duka citanya untuk keluarga yang ditinggalkan.


0 comments:
Post a Comment