it's about anything. too many to mention...

Wednesday, April 18, 2012

lima minggu bercinta, marilyn manson lamar kekasih


Berita gembira datang dari penyanyi rocker Marilyn Manson. Baru lima minggu menjalin hubungan dengan Seraphim Ward, lelaki 43 tahun tersebut langsung melamar wanita yang berkerjaya sebagai aktres sekaligus pengarah tersebut.

Seperti dipetik dari Bang Showbiz, Marilyn mempersembahkan sebuah cincin pertunangan pada kekasihnya pada Khamis lalu. Cincin itu adalah cincin keluarga Manson dan diduga adalah milik neneknya.

Sementara itu, jurucakap Seraphim mengungkapkan bahawa wanita 27 tahun tersebut sangat teruja dengan pertunangan ini. Dia pun sedang dimabuk kepayang dan telah membina komitmen dengan Marilyn.

Sebelum ini, Seraphim sendiri juga sempat memposting gambar cincin lamaran itu melalui twitter. Dia pun mengungkapkan rasa tidak percayanya tentang lamaran kekasihnya yang begitu cepat.

0 comments: