Pasangan yang meski belum menikah telah ada 6 anak, Brad Pitt dan Angelina Jolie mengumumkan bahawa mereka telah bertunang Jumaat lalu. Hal ini menjadi penegasan berkaitan cincin yang dipakai Jolie di Los Angeles County Museum of Art (LACMA) beberapa waktu lalu.
Semua pengagum mereka tentu bahagia. Dan yang paling merasa bahagia menerima pertunangan ini tentu saja ayahnya, John Voight.
Bagaimana tidak bahagia apabila anaknya akhirnya merasmikan hubungannya dengan Brad Pitt setelah menjalani masa bercinta selama 7 tahun. Seperti yang kita tahu, kedua2nya menjalin hubungan sejak bekerja sama dalam MR & MRS SMITH.
Dengan kedua2nya rasmi menjadi tunangan, mungkinkah kedua2nya akan bernostalgia dengan berlakon dalam filem yang sama sekali lagi? Sayang sekali hal tersebut bakal sukar terwujud sebab Pitt dan Jolie sepakat untuk bergantian membahagi waktu antara mengurus anak dan bekerja.


0 comments:
Post a Comment