it's about anything. too many to mention...

Sunday, April 15, 2012

seorang lelaki ditusuk saat konsert jessie j


Seorang lelaki dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal lantaran menjadi mangsa penusukan saat menghadiri Blackberry BBM party. Acara itu diadakan di Bankside Vaults, Central London pada Selasa lalu.

Dipetik dari Digital Spy, lelaki tersebut dilaporkan mengalami luka tusukan di bahagian leher. Ada pun alat yang digunakan adalah pecahan botol minuman yang tentunya mudah didapat di lokasi pesta.

Saksi mata mengungkapkan bahawa perseteruan mulai panas sekitar pukul 11.40 malam, tak lama setelah Jessie J tampil di pesta yang diadakan oleh Blackberry tersebut. Pada akhirnya, insiden nahas itu pun tak dielakkan lagi.

Satu orang telah diselamatkan untuk menjalani pemeriksaan, sedangkan mangsa hingga kini masih mendapat penanganan medik kerana keadaannya yang kritikal. Saat polis datang untuk melakukan penyiasatan, seluruh partygoers sempat ditahan untuk diminta keterangan.

0 comments: