Akad nikah penyanyi Anang Hermansyah dan Ashanty siap diadakan di Masjid Al-Bina, Jakarta, besok, Sabtu, 12 Mei 2012. Artis Rina Gunawan yang mendapat kepercayaan untuk menjadi Wedding Organizer mengungkap detail akad nikah pasangan selebriti itu.
Ketika ditanyakan siapa yang meminta acara akad nikah seperti itu? Rina mengatakan bahawa konsep tersebut awalnya beliau tawarkan ke Anang dan diterima. Sementara itu selepas akad nikah pada 12, resepsi bakal dilangsungkan pada 20 Mei di Hotel Shangri-La, Jakarta.
Selain mengungkap rundown acara, Rina juga membahas mengenai gaun yang bakal dikenakan oleh Ashanty, yang menurutnya hasil rekaan dari pereka Ferry Sunarto.
Secara keseluruhan, konsep yang bakal digunakan di akad nikah Anang dan Ashanty tersebut bakal dipenuhi nuansa Islam.

0 comments:
Post a Comment