Seperti yang telah diberitakan sebelum ini, ayah mertua kepada Badai Kerispatih berada dalam pesawat Sukhoi Super Jet 100 yang jatuh di Gunung Salak, Bogor pada Rabu. Ditemui di Bandara Halim Perdana Kusuma, Jakarta Timur, Jumaat, ketua band Kerispatih ini dilihat lebih tenang walau masih sangat letih.
Badai memang harus kuat, kerana keluarganya diakuinya drop dengan musibah ini. Di Twitter, Badai sempat menulis beliau sudah tidak takut lagi. Baginya, keberaniannya itu diinspirasi dari ayah mertuanya tersebut.
Badai juga berterima kasih kepada pihak2 yang telah menyokongnya. Bukan hanya keluarga dan teman2, tetapi juga Presiden SBY yang mengunjungi keluarga mangsa, serta followersnya di Twitter.

0 comments:
Post a Comment