Akad nikah pasangan Ashanty dan Anang akan berlangsung hari ini. Hal tersebut membuat artis yang membuka bisnes wedding organizer, Rina Gunawan, begitu sibuk menyiapkan semua sesempurna mungkin. Kebetulan Rina dipilih oleh pasangan ini sebagai wedding organizer acara tersebut.
Saat ditemui di masjid Al Bina pada Jumaat malam, Rina dilihat sibuk melakukan berbagai persiapan.
Di lokasi memang dilihat kru Rina baru saja menutup kawasan dalam. Ini kerana sebelum Anang dan Ashanty, ada resepsi orang lain.
Menurut Rina, tempat tersebut akan dibongkar sebahagian besar. Yang pasti akan menambah orang dan tenaga untuk bongkar dekorasi awal.

0 comments:
Post a Comment