Keluarga Kardashian rupanya dikurniakan kebahagiaan berganda. Setelah kelahiran anak Kourtney Kardashian dan Scott Disick, kini giliran Khloe Kardashian yang diberitakan hamil anak kembar!
Dipetik dari She Knows, Khloe dan suaminya, Lamar Odom, sebenarnya hanya memberitahu orang-orang tertentu, kerana mereka masih ingin merahsiakannya. Namun demikian, ada orang yang nampaknya tak sabar menyebarkan berita bahagia ini.
Rancangannya pasangan ini memang takkan mengumumkan kehamilan Khloe sampai Kim Kardashian menikah. Berhari-hari lalu, Kim dikhabarkan akan menikah dengan Kanye West bulan Ogos akan datang.


0 comments:
Post a Comment