Perseteruan dalam keluarga Michael Jackson nampaknya memang tak pernah berhenti walaupun King of Pop itu telah meninggal tiga tahun lalu. Kini, perseteruan yang lebih besar malah mencuat!
Dipetik dari Aceshowbiz, adik beradik Michael, iaitu Janet Jackson, Jermaine Jackson, Tito Jackson, Randy Jackson dan Rebbie Jackson menyatakan bahawa surat wasiat Michael adalah surat palsu! Menurut mereka keyataan di dalamnya tidak benar-benar berasal dari Michael.
Dalam surat tersebut, disebutkan bahawa harta kekayaan Michael akan diwariskan pada ibunya, Katherine dan tiga anak Michael, iaitu Paris, Prince dan Blanket. Namun, adik beradik Michael tersebut menyatakan bahawa mereka yakin bahwa surat itu palsu!
Kecurigaan itu muncul saat melihat tempat dan tarikh penandatanganan surat, iaitu Los Angeles, Julai 7, 2002. Padahal saat itu Michael diketahui sedang berada di New York.


0 comments:
Post a Comment