it's about anything. too many to mention...

Monday, August 13, 2012

Mual, puasa Marshanda banyak ponteng

Kehamilan artis Marshanda sudah memasuki usia 4 bulan. Aktivitinya di dunia hiburan sedikit demi sedikit mulai dikurangi. Job luar kota pun sudah pasti ditolak sesuai saranan suaminya, Ben Kasyafani. 

 Puasanya Ramadan tahun ini pun tidak dapat dikerjakan dengan maksima. Artis pelakon filem Kalau Cinta Jangan Cengeng itu mengaku sering ponteng-ponteng, lantaran janinnya sukar diajak kompromi. Perutnya kerap mual-mual dan muntah. 

 Ben pun kasihan melihat keadaan isterinya. Dia tidak mahu mengambil risiko dengan kesihatan janin bayi pertamanya itu. Sebagai suami, dia menyarankan untuk meninggalkan puasanya, jika memang mualnya tidak dapat ditahan. Lain waktu hutang puasanya boleh digantikan, atau membayar fidyah sebagaimana disarankan.

0 comments: