Marilyn Manson dikenal selalu tampil dengan kontroversi dalam video muziknya. Agak-agak seperti apa video muzik lagu terbaru yang berjudul 'Slo-Mo-Tion'?
Rocker gothic ini tampil dengan gerakan lambat, sesuai dengan judul lagunya. Seperti kebanyakan video muzik di lagu-lagu lainnya, penyanyi yang dulunya jurnalis muzik itu juga tak ketinggalan menampilkan nuansa gelap dan menakutkan.
Kerana ada beberapa adegan vulgar, di awal video sudah tertera peringatan jika video tersebut hanya boleh dilihat penonton berusia 18 tahun ke atas. Video muzik tersebut diarahkan sendiri oleh Manson.
'Slo-Mo-Tion' merupakan lagu yang berada di album 'Born Villain', yang bertenggek di posisi 10 Billboard Hot 200 setelah dirilis pada Mei lalu.
0 comments:
Post a Comment