it's about anything. too many to mention...

Tuesday, October 23, 2012

Cinta menurut Vino G Bastian dan Marsha Timothy

Pasangan pengantin baru Vino G Bastian dan Marsha Timothy mungkin sedang menikmati indahnya bulan madu saat ini. Kita boleh ikut merasakan kebahagiaan yang mereka rasakan dengan melihat souvenir berupa filem pendek mereka yang diupload ke YouTube saat resepsi berlangsung Sabtu. 

 Filem yang digarap oleh pengarah Marsio Juwono ini banyak menggunakan narasi sebagai penghantar cerita. Menurut Vino, filem ini diadaptasi dari kisah percintaan mereka dengan ‘bumbu’ penyedap cerita. 

 Di empat minit awal, Vino dan Marsha nampaknya mengungkap hal fiksyen mengutarakan makna cinta dari fikiran mereka. Dibuka dengan adegan sedih, Marsha menangis. Vino juga tampak sedih ketika melaju dalam kereta di jalanan ibu kota. Seperti kekasih yang sedang bertengkar, saling mencari satu sama lain. 

 Nampaknya perjalanan cinta mereka memang sudah terjalin lama sebelum akhirnya menikah. Buktinya Vino sempat menemui benturan-benturan saat berhubungan dengan Marsha. 

 Terbukti ikatan cinta mereka tak dapat dipisahkan kerana Marsha takut kehilangan Vino.

0 comments: