it's about anything. too many to mention...

Sunday, October 28, 2012

Glenn Fredly : bercerai bukan aib


Perceraian dengan Dewi Sandra tak membuat Glenn Fredly lantas menjadi trauma akannya. Pemuzik Ambon ini malah disibukkan dengan segudang kegiatan muziknya. Beliau pun masih tetap yakin tampil di depan public seorang diri tanpa mengganding pasangan. 

 Saat ditemui seorang diri pada acara special showcase Tompi di Red White Lounge, Kemang, Jakarta Selatan, Jumaat, Glenn pun sedikit berkongsi cerita tentang kehidupan peribadinya. Pemuzik yang telah mengeluarkan 8 album ini mengatakan bahawa beliau ingin mempunyai pasangan kembali suatu saat nanti. 

 Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, umur bukanlah patokan untuk seseorang dalam menata masa depan bersama pasangan hidup. Meski sudah lama bercerai Glenn masih terlihat santai dengan status yang disandangnya saat ini. 

 Glenn memang tak melihat perceraian sebagai sebuah aib yang terus disesali. Beliau melihatnya sebagai sebuah pengalaman berharga dalam hifup.

0 comments: