Menikah dengan Vino G Bastian, aktres Marsha Timothy mengaku telah berpindah agama. Dirinya telah menjadi mualaf alias memeluk agama Islam.
Akan tetapi, Marsha tak mahu dianggap bahawa beliau pindah agama semata kerana pernikahan. Menurutnya, agama merupakan hak asasi yang paling peribadi dari seseorang. Agama merupakan sesuatu yang berasal dari hati yang paling dalam, tanpa boleh dipaksa.
Vino sendiri mengungkap dirinya tak mahu memaksa kekasihnya tersebut untuk masuk Islam sebelum menikah. Kerana Vino mengaku tipikal orang yang tak akan memaksa seseorang berkaitan agama.
Pun begitu, rasa syukur telah diucapkan oleh Vino ketika dapat menikah dengan wanita yang seiman.
Vino dibesarkan dalam keluarga dengan toleransi agama yang sangat bagus. Maka memang masalah agama menjadi sesuatu yang sangat dihargai olehnya.


0 comments:
Post a Comment