it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 7, 2013

Lulussan fisip UI, Rossa tak mahu berpolitik

Penyanyi Rossa mengaku ada sejumlah parti yang ingin melantiknya sebagai calon anggota legislatif dalam pilihanraya akan datang. Namun semua itu belum boleh diterimanya, kerana masih ingin memberi tumpuan dalam dunia muzik.

Ketika ditanya parti mana saja yang menawarkan untuk bergabung, bekas isteri Yoyo Padi ini hanya menjawab dengan senyuman sambil terus berjalan.

Rossa mengaku tidak anti berpolitik, apalagi dirinya juga alumni Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Indonesia.

Rossa bersama Elly Kassim dan Endang S Taurina, bergabung bersama Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Stacy menjadi pengisi acara Konsert Nusantara kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Soal banyaknya artis Indonesia yang digabung sejumlah parti nasional sebagai calon anggota legislatif, Rossa melihatnya sebagai sesuatu yang wajar, selama mereka dapat mempertanggungjawabkan amanat yang diberikan.

Saat ini sejumlah artis terjun ke politik di antaranya Irwansyah, Desy Ratnasari, Charles Bonar Sirait, Dwiki Darmawan, Hengki Kurniawan, Arzeti Bilbina, Krisdayanti dan masih banyak yang lain.

0 comments: