it's about anything. too many to mention...

Saturday, June 15, 2013

Lukman Sardi gunakan nama Hatta untuk anak ketiga

Aktor Lukman Sardi kemungkinan akan menggunakan nama salah satu proklamator, yakni Muhammad Hatta untuk nama anak ketiganya. Dia mengaku terinspirasi oleh mantan Wakil Presiden itu, saat melakonkannya dalam di filem 'Soekarno'. 

 Pelakon filem 'Sang Pialang' ini memang ada kebiasaan unik dalam memberikan nama untuk anak-anaknya. Anak pertamanya, Akiva Dishan Ranu Sardi (Ranu) terinspirasi saat napak tilas 40 tahun meninggalnya Soe Hok Gie. Bersama pelakon-pelakon filem berjudul 'Soe Hok Gie' ke gunung Semeru, dan bertemu dengan danau indah bernama Ranu (Ranu Kumbolo). 

Berlanjut ke anak kedua, dia mendapatkan inspirasi dari sebuah filem yang dibintanginya, 'Di Timur Matahari'. Dia memberikan nama anak keduanya Akira Deshawn Yi Obelom yang terinspirasi kerana kecantikan alam Papua. 

 Yi Obeli sendiri bererti air dalam bahasa Papua. Sementara, Akira bererti anak yang bersinar dan Deshawn ertinya Tuhan yang agung. 

 Saat ini isteri Luman, Pricillia Pullunggono tengah mengandung lapan bulan anak ketiganya. Perkiraan doktor, anaknya berjenis kelamin lelaki dan akan lahir Ogos akan datang. Tiga anak menurutnya sudah cukup dalam hidupnya, meski mereka lelaki semua.

0 comments: