it's about anything. too many to mention...

Monday, January 6, 2014

Follower banyak, Cinta Laura tak mahu disebut artis

Selama Cinta Laura menuntut ilmu di negara Uncle Sam, ternyata tak banyak yang tahu bahawa dia adalah artis di Indonesia. Apalagi Cinta tak mahu mengungkapkan bahawa beliau memiliki kerjaya sebagai penghibur di Indonesia.

Namun dia mengakui bahawa ada beberapa temannya yang curiga dengan kerjayanya itu. Ini kerana, akaun sosial media miliknya, misalnya Twitter, memiliki followers yang sangat banyak untuk ukuran orang biasa, iaitu sekitar 817, 882.

Pemilik lagu Tulalit ini tak ingin menjadi bahan bicara di antara teman-temannya. Beliau tak mahu teman-temannya di Amerika memberikan layanan istimewa padanya.


0 comments: