it's about anything. too many to mention...

Saturday, January 25, 2014

Incomplete, rangkum kisah Shandy Aulia dari kecil sampai menikah

Buku menjadi salah satu media bagi selebriti-selebriti Indonesia untuk menuangkan isi otak dan fikiran, baik dalam bentuk novel, syair ataupun biografi. Dan Shandy Aulia merupakan salah satu di antara selebriti yang mencuba merangkum kisah hidupnya ke dalam sebuah buku.

Baru-baru ini beliau melancarkan sebuah buku berjudul Incomplete. Shandy mengatakan bahawa bukunya tersebut bukanlah buku biografi yang terlalu berat. Beliau hanya ingin berkongsi pengalaman dari masa kecil hingga menikah.

Terbiasa berlakon di depan kamera, Shandy pun merasa menemui beberapa kesukaran kala menuangkan idea-idea yang datang kepada dirinya. Kerananya, beliau meminta bantuan kepada temannya untuk menjadi co-writer.


0 comments: