Banyak persiapan yang harus dilakukan Julia Perez atau Jupe sebelum menikah dengan tunangnya, Gaston Castano. Salah satunya menjalani terapi untuk rahim.
Ditemui di Fakulti Ekonomi, Universiti Indonesia, Depok, Jawa Barat, Rabu, Jupe mengaku tidak memiliki masalah dengan rahimnya. Terapi yang dilakukan hanya untuk menjaga kesihatan rahimnya.
Sebelum menjalin cinta dengan Gaston, Jupe pernah menikah dengan seorang lelaki asal Perancis, Demian Perez. Memiliki anak memang menjadi impian Jupe, ini kerana pernikahan pertamanya belum dikurniakan anak.


0 comments:
Post a Comment