it's about anything. too many to mention...

Sunday, January 5, 2014

Kate Winslet khuatirkan Miley Cyrus

Miley Cyrus harus cukup berbangga diri kerana diperhatikan oleh Kate Winslet, aktres yang sudah berkali-kali meraih piala Oscar. Ibu kepada tiga anak ini mengaku khuatir atas berita tidak enak yang kebelakangan banyak menghinggapi bekas artis Disney ini.

Winslet membandingkan kariernya dengan Cyrus dan menurutnya beliau sangatlah beruntung kerana selalu merasa selesa dengan dirinya. Kate memulakan kariernya di tahun 1992 saat berlakon dalam Heavenly Creatures dan meraih Oscar pertamanya pada tahun 1995 untuk lakonannya dalam Sense and Sensibility.

Dengan ini Kate yang berusia 38 tahun, rasmi bergabung dengan paduan suara selebriti yang menaruh perhatian pada penyanyi muda yang Oktober lalu baru merilis album baru, Bangerz. Selain Kate, selebriti-selebriti yang mengkhuatirkan Miley adalah Pink, Elton John, Cher dan masih banyak yang lain.




0 comments: