Pesona dan pengaruh Lady Gaga memang sangat dirasakan oleh peminat-peminatnya sendiri yang bernama Little Monster. Setelah kelmarin berjaya memujuk peminatnya yang mahu bunuh diri, kini Lady Gaga membuktikan keprihatinannya kepada seorang peminat yang menderita kanser.
Lady Gaga menerima sebuah pesanan dari peminat yang putus asa tersebut melalui laman LittleMonster.com. Di pesanan tersebut peminat merasa tak akan hidup lebih lama lagi dan permintaan terakhirnya adalah bertemu idolanya, Lady Gaga.
Meski tak lantas menuruti permintaan peminatnya, Lady Gaga optimis peminatnya tersebut dapat melalui masa-masa sukarnya. Gaga pun memberi beberapa saranan kesihatan untuk dilakukan olehnya.


0 comments:
Post a Comment