it's about anything. too many to mention...

Sunday, January 5, 2014

Nakal! Miley Cyrus cium Ryan Seacrest di acara malam tahun baru

Aksi nakal lagi-lagi dilakukan oleh penyanyi Miley Cyrus. Setelah membuat heboh dengan aksi nyaris bogelnya di video klip Adore You, kini bintang Hannah Montana itu buat sensasi di atas pentas acara perayaan malam tahun baru dengan Ryan Seacrest.

Miley hadir mengisi acara malam pergantian tahun di Times Square, New York, 31 Disember 2013 lalu. Selepas menyanyikan lagu terbarunya Get It Right, secara tiba-tiba Miley mencium bibir Ryan yang dipilih menjadi mc acara malam itu.

Penonton yang hadir tentu heboh dengan aksi nakal Miley tersebut. Lebih-lebih penyanyi Wrecking Ball mencium pembawa acara American Idol itu tepat pukul 12 waktu tempatan, ketika pergantian tahun.

Miley nampaknya sudah tak begitu peduli dengan pandangan negatif tentang dirinya dan aksi-aksi nakal yang dilakukannya. Selepas acara diadakan, beliau justeru mempamerkan foto ciumannya dengan Ryan melalui akaun twitter @MileyCyrus.




0 comments: